Sunday, October 21, 2012

Kaedah Melukis Bahagian 2



1.       1. Cuba berlatih dengan bentuk iaitu melalui kaedah lorekan dan bereksperimenlah dengan alat 
              yang berbeza. buat latihan ini pada masa-masa lapang.

2. Lukiskan  bentuk yang mudah. Selepas anda mahir membuat lorekan dengan alatan yang berbeza, mula melukis reka bentuk mudah seperti tumbuh-tumbuhan atau sesuatu yang anda lihat di sekeliling anda dan anda letakkan di atas meja. (Ingat jika lukisan anda nampak tidak baik ketahuilah bahawa anda sentiasa boleh memadamnya, tetapi selesaikan dahulu apa yang anda telah mulakan dan anda boleh membuat perubahannya kemudian.)

3. Lukiskan reka bentuk dengan lebih jelas. Sekarang anda boleh mula melukis sesuatu yang lebih hidup dengan ekspresi dan pandangan mata. (Anda boleh memilih jika anda mahu bermula dengan haiwan atau manusia.) Cuba lihat gambar foto atau pergi membeli sebuah buku lukisan (cadangan) dan mulalah dengan yang mudah, benda yang kurang terperinci seperti ikan, burung bertenggek atau sesuatu yang tidak berbulu dan atau benda yang tidak terlalu banyak pergerakan.



4. Yakinlah pada diri sendiri tentang kemahiran lukisan yang anda miliki. Sentiasa bermotivasi dan galakkan diri anda untuk melukis dan pujilah diri sendiri untuk sentiasa berlatih sehingga anda berjaya memperoleh kemahiran tersebut.



5. Beralih kepada reka bentuk lukisan yang lebih kompleks. Selepas anda melukis lukisan haiwan yang 'simple' cuba untuk melukis yang lebih terperinci. Berikan masa untuk mendetailkan lagi lukisan anda, jika tergesa-gesa dalam menyiapkannya, kemungkinan lukisan yang dihasilkan tidak nampak berkesan atau tidak menarik.Cara terbaik  untuk membuat lukisan dengan lebih terperinci adalah untuk memulakan dengan garisan luar (cara yang anda baru belajar). Seterusnya buatlah pendetailan pada bahagian, seperti bulu mata,  hidung, jari, lorekan, kedutan pada pakaian, dan lain-lain . Bagi haiwan pula, tambahkan jalur, tompok, kawasan yang bersinar, dan latar belakang.


selamat mencuba........


Sunday, October 14, 2012

Permulaan Dalam Melukis


Sebelu         Sebagai permulaan, pastikan bahawa sebelum anda memulakan sesuatu lukisan, anda hendaklah
                   mematikan semua gangguan (seperti telefon bimbit dan TV) 
  • Lihatlah objek, gambarkan dalam kotak fikiran anda bagaiman rupa bentuknya, lukiskan bentuk secara khusus. Lihat, gambarkan, dan lukis. Ulangi lagi. Selalunya orang melihat objek dan simpan sebagai  kenangan, tetapi kenangan ini adalah tidak betul  dan imej yang dihasilkan juga tidak realistik.




          Jika anda mempunyai masalah menggambarkan imej subjek di dalam fikiran anda, sentiasalah  
          menumpukan pandangan mata anda antara subjek dan lukisan. Ia akan membantu anda membuat
          perbandingan relatif.

  • o  Lukiskan secara lengkap bayang objek pertama anda. dengan melukis bayang tersebut anda akan mendapati ia lebih mudah untuk melukis berbanding melukis objek itu sendiri. Anda juga akan mendapati ia lebih mudah untuk melukis bentuk ruang negatif di sekeliling objek daripada melukis objek sendiri.
          Sebagai contoh - apabila anda melukis mata, jangan lukis anak mata dahulu dan kemudian yang  
          selebihnya. Sebaliknya lukislah bahagian putih mata dahulu, dan kemudiannya anda akan secara 
          automatik dapat melukis mata secara keseluruhannya.
4.   

  • Apabila anda betul-betul melukis, anda harus lupakan tentang hal-hal lain yang mengganggu diri anda dan berikan masa untuk anda melukis dengan serius. Lupakan tentang berlalunya masa. Pastikan diri anda seolah-olah meresap masuk dalam lukisan anda. seperti anda sedang memandu kenderaan atau kereta. Anda akan dapat merasai dan  menikmatinya, sama juga dengan lukisan anda akan dapat melukis dengan lebih baik kerana anda telah benar-benar memberi tumpuan dalam kerja melukis.

  • Satu kaedah atau cara untuk menipu otak anda supaya tidak menggambarkan melukis itu susah ialah dengan menterbalikkan gambar atau melukis objek secara terbalik. Teknik ini seolah-olah otak anda akan melihat sesuatu yang baru dan bukan benda atau objek yang anda sudah biasa melihatnya. Dengan cara ini anda boleh melukis bentuk apa yang anda lihat melalui mata anda sendiri. bukan melukis apa yang anda selalu anggap atau gambarkan objek itu seperti selalunya. 

26.                       
                         
                             Selamat Mencuba...............

Thursday, October 11, 2012

Jadual Peperiksaan SPM 2012 terkini

SENI HALUS

A. LUKISAN

1. Pengenalan
- Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan
- Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan sebagainya
- Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan

2. Teknik-teknik lukisan
- Teknik garisan yang biasa diguna dalam lukisan ialah teknik garisan silang, garisan berombak, garisan selari, garisan menyilang dan garisan kontur
- Teknik lain seperti teknik coreng, teknik gosok, teknik titik, teknik lorek dan teknik campuran

3. Proses melukis
- Pilih objek yang hendak dilukis
- Tentukan sudut pandangan, ton, perspektif, ton, dan cahaya
- Bahagikan ruang kepada ruang latar belakang, ruang tengah, objek dan ruang hadapan
- Buat lakaran kasar dengan melukis garisan luar objek tersebut
- Gunakan teknik di atas untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang