1. 1. Cuba berlatih dengan bentuk iaitu melalui kaedah lorekan dan bereksperimenlah dengan
alat
yang berbeza. buat latihan ini pada masa-masa lapang.
2. Lukiskan bentuk yang mudah. Selepas anda mahir membuat lorekan dengan alatan yang berbeza, mula melukis reka bentuk
mudah seperti tumbuh-tumbuhan atau sesuatu yang anda lihat
di sekeliling anda dan anda letakkan di atas meja. (Ingat jika lukisan anda nampak tidak baik ketahuilah bahawa anda sentiasa boleh memadamnya, tetapi selesaikan dahulu apa yang anda telah mulakan dan anda boleh membuat perubahannya kemudian.)
3. Lukiskan reka bentuk dengan lebih jelas. Sekarang anda boleh mula
melukis sesuatu yang lebih hidup dengan ekspresi dan pandangan mata. (Anda boleh memilih
jika anda mahu bermula dengan haiwan atau manusia.) Cuba lihat gambar foto
atau pergi membeli sebuah buku lukisan (cadangan) dan mulalah dengan yang mudah,
benda yang kurang terperinci seperti ikan, burung bertenggek atau sesuatu
yang tidak berbulu dan atau benda yang tidak terlalu banyak pergerakan.
4. Yakinlah pada diri sendiri tentang kemahiran lukisan yang anda miliki.
Sentiasa bermotivasi dan galakkan diri anda untuk melukis dan pujilah diri sendiri untuk sentiasa berlatih sehingga anda berjaya memperoleh kemahiran tersebut.
5. Beralih kepada reka bentuk lukisan yang lebih kompleks.
Selepas anda melukis lukisan haiwan yang 'simple' cuba untuk melukis yang lebih terperinci. Berikan masa untuk mendetailkan lagi lukisan anda, jika tergesa-gesa dalam menyiapkannya, kemungkinan lukisan yang dihasilkan tidak nampak berkesan atau tidak menarik.Cara terbaik untuk membuat lukisan dengan lebih terperinci adalah
untuk memulakan dengan garisan luar (cara yang anda baru belajar). Seterusnya
buatlah pendetailan pada bahagian, seperti bulu mata, hidung, jari, lorekan, kedutan pada pakaian, dan lain-lain . Bagi haiwan pula, tambahkan jalur, tompok, kawasan yang bersinar, dan latar belakang.
selamat mencuba........