Sebelu Sebagai permulaan, pastikan bahawa sebelum anda memulakan sesuatu lukisan, anda hendaklah
mematikan semua gangguan (seperti telefon bimbit dan TV)
mematikan semua gangguan (seperti telefon bimbit dan TV)
- Lihatlah objek, gambarkan dalam kotak fikiran anda bagaiman rupa bentuknya, lukiskan bentuk secara khusus. Lihat, gambarkan, dan lukis. Ulangi lagi. Selalunya orang melihat objek dan simpan sebagai kenangan, tetapi kenangan ini adalah tidak betul dan imej yang dihasilkan juga tidak realistik.
Jika anda mempunyai masalah menggambarkan imej subjek di
dalam fikiran anda, sentiasalah
menumpukan pandangan mata anda antara subjek dan lukisan. Ia akan membantu anda membuat
perbandingan relatif.
menumpukan pandangan mata anda antara subjek dan lukisan. Ia akan membantu anda membuat
perbandingan relatif.
- o Lukiskan secara lengkap bayang objek pertama anda. dengan melukis bayang tersebut anda akan mendapati ia lebih mudah untuk melukis berbanding melukis objek itu sendiri. Anda juga akan mendapati ia lebih mudah untuk melukis bentuk ruang negatif di sekeliling objek daripada melukis objek sendiri.
Sebagai contoh - apabila anda melukis mata, jangan lukis anak mata dahulu dan kemudian yang
selebihnya. Sebaliknya lukislah bahagian putih mata dahulu, dan kemudiannya anda akan secara
automatik dapat melukis mata secara keseluruhannya.
selebihnya. Sebaliknya lukislah bahagian putih mata dahulu, dan kemudiannya anda akan secara
automatik dapat melukis mata secara keseluruhannya.
- Apabila anda betul-betul melukis, anda harus lupakan tentang hal-hal lain yang mengganggu diri anda dan berikan masa untuk anda melukis dengan serius. Lupakan tentang berlalunya masa. Pastikan diri anda seolah-olah meresap masuk dalam lukisan anda. seperti anda sedang memandu kenderaan atau kereta. Anda akan dapat merasai dan menikmatinya, sama juga dengan lukisan anda akan dapat melukis dengan lebih baik kerana anda telah benar-benar memberi tumpuan dalam kerja melukis.
- Satu kaedah atau cara untuk menipu otak anda supaya tidak menggambarkan melukis itu susah ialah dengan menterbalikkan gambar atau melukis objek secara terbalik. Teknik ini seolah-olah otak anda akan melihat sesuatu yang baru dan bukan benda atau objek yang anda sudah biasa melihatnya. Dengan cara ini anda boleh melukis bentuk apa yang anda lihat melalui mata anda sendiri. bukan melukis apa yang anda selalu anggap atau gambarkan objek itu seperti selalunya.